diaryuzz

Sekadar Perkongsian

Khamis, 14 Oktober 2010

Jangan Guna Perkataan "A'KUM"!

Dalam radio ikim (91.50 fm) baru-baru nie, Ustaz Zawawi ada citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain,hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada DOLOH ye!" (contoh ler)
Bukannya : "Kirim salam kat DOLOH ye!"
Dan bukannya " Kirim salam maut!" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Maksud singkatan " A'kum"
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orangYahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Memberi salam adalah perkara sunat yang mendapat pahala jika diucapan dan apabila menjawapnya. Jangan nanti pahala itu bertukar menjadi suatu dosa yang sia-sia...
Semoga bermanfaat buat semua.Sebar-sebarkanlah...Wallahua'lam...

Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...