diaryuzz

Sekadar Perkongsian

Jumaat, 20 Ogos 2010

Rahsia Jadi Jutawan Tanpa Modal Dalam Masa Sebulan Sahaja!!!


Assalamualaikum & Salam Ramadhan Al-Mubarak Ya Sahabat...

Bersempena bulan mulia yang penuh keberkatan nie aku nak kongsikan RAHSIA SEBENAR untuk jadi JUTAWAN tanpa sesen pun modal!!!Sekarang nie semua orang berlumba-lumba nak jadi kaya dengan macam-macam cara.Perniagaan internet,MLM dengan tak payah jual barang cuma cari downline je dah boleh jadi jutawan. Duit pakai sampai ke anak cucu pun tak habis. Tapi nie aku dah jumpa satu rahsia yang PALING HEBAT.Tak perlu cari downline, tak perlu jual produk, tak perlu modal beriban-riban. Dalam masa sebulan insyaallah anda akan jadi jutawan!

Baru-baru nie aku terbaca satu artikel tentang RAHSIA BESAR nie. Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ nie datang sekali dalam sebulan.


RAHSIANYAA??


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt = 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt = 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10x ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt = 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70x ganda = 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5x sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt = 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk RM:

Solat fardhu sendirian = RM1.00.
Solat fardhu berjemaah = RM27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10x ganda = RM270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan = RM18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5x sehari semalam = RM94,500.00!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan = RM2,835,000.00!!!!

Wow! Masya Allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca Al-Quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka Allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, Allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala, Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Waahhh!!! Bila kita baca Al-Quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam RM berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan Zikir, Sedekah, Solat Sunat, Zakat, Puasa, malam Lailatul Qadar dan lain-lain lagi???

Sesungguhnya Allah swt itu teramat Maha Pemurah dan Maha Kaya. Tidak ada mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan lain-lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!

Bagaimana dengan anda ya sahabat? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!?? Ayuh ajak keluarga, rakan dan yang lainn menyertai kami menjadi jutawan. Jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup tiba.

Allah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa!) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin ke, kalau tak tau nak kira untung rugi dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!

P/S: Sesungguhnya RM1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala Allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu.

Sama-samalah kita renungkan..

Selamat berpuasa dan selamat beramal.Wallahu’alam...


Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...