diaryuzz

Sekadar Perkongsian

Selasa, 24 Ogos 2010

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Istimewa



Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.


Bahan-bahan untuk ayam:
1/2 ekor ayam(dipotong kecil)
1 paket rempah kari ayam
1/2 paket serbuk chili
6 batang serai
1 tin susu IDEAL(susu cair)
Sedikit gula(secukup rasa)
Sedikit garam(secukup rasa)
Minyak(tidak terlalu banyak)

Cara menyediakan:
1.Kukus ayam dalam tempoh 15 minit untuk melembutkan isi ayam. Campur kesemua bahan tersebut dalam 1 bekas dan perap sebentar.
2.Kemudian,gorengkan ayam tersebut sehingga garing. Goreng daun kari dan taburkan di atas ayam tadi.

Hidangkan & sedia untuk dinikmati... Selamat mencuba!

Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...