diaryuzz

Sekadar Perkongsian

Selasa, 3 Ogos 2010

Bumi Palestin-Aku adalah Aku

Free Upload Images

18 July 2009 - Aku dapat melihat tanah Palestin yang di jajah - kini Israel.Cuma berselang pagar elektrik, mata ku tak berkedip melihat hamparan tanah Israel yang terbentang luas, dengan Bukit Golan yang di tawan rejim Zionis sebagai latarbelakang. Israel adalah sebuah negara yang di asaskan pada perkauman dan keagamaan. Yang menetap di negara itu, bangsa Yahudi beragama Judai - agama yang di turunkan kepada Nabi Musa dan berkitabkan Taurat.

Mengapa aku mengambil 'Aku adalah Aku' sebagai tajuk entry kali ini?Sebab ianya merujuk kepada ayat Taurat yang menjadi pegangan bangsa 'pilihan Allah' itu. Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kau katakan kepada orang Israel itu" (Keluaran 3:14)

Memegang 'wahyu' ini - begitulah bangsa Yahudi membentuk peribadi mereka."Aku buat hal aku, aku tak peduli hal atau hak kau, sebab aku adalah aku. Apa kau nak fikir pasal aku, lantaklah. Aku tetap aku!"

Free Upload Images

Lihat saja pagar yang memisahkan dua negara ini - Lubnan dan Israel. Mereka berjiran, saling berpandangan antara satu sama lain setiap hari - namun tiada komunikasi langsung di antara kedua-duanya. Yang lebih menyedihkan, kedua-dua pihak saling melihat satu sama lain sebagai musuh.

Perkampungan Misghav Am, dalam wilayah paling utara Israel, Metulla, bersempadan Lubnan ini kelihatan sangat tersusun. Macam taman perumahan di Malaysia. Namun, di sebelah Lubnan, semuanya berselerak. Pacaklah tiang nak buat rumah di mana pun. Mungkin pengaruh Amerika, membantu Israel menyusun sebegitu baik negerinya.

Israel, yang menakluk Palestin setelah memenangi peperangan 1948 - bagaimanapun pandai dalam menggariskan sempadan dan wilayahnya.

Free Upload Images

Yang di takluk Israel, semuanya yang subur-subur belaka. Punca air, sungai, tasik - antara yang diminati Israel. Tanah gersang berbatu, bukit kontang, semuanya di biarkan untuk Arab. Sekali lagi, konsep Aku adalah Aku, di praktikan.

Free Upload Images

Sempadan Israel dan Lubnan di kenali 'The Blue Line' - di perkenalkan PBB yang menjadi 'orang tengah'. Manakan tidak, kedua-dua pihak tidak berkomunikasi langsung walaupun duduk sebelah menyebelah!

Di sepanjang garis sempadan ini - Yahudi cuba menonjolkan kekuatan mereka. Jangan harap anda akan dapat berhenti untuk ambil gambar, pasti tentera dia datang dan acukan senjata mereka tepat ke kepala anda!

Dan ketika kenderaan UN milik Malaysia yang menyertai pasukan pengaman UNIFIL melalui kawasan ini - Israel, yang tidak pernah setuju pada penyertaan Malaysia di wilayah itu - akan memantau pergerakkan tentera kita. Walaupun mereka berada dalam negara mereka dan tentera Malaysia di sebelah Lubnan, peluru sesat mereka tidak kenal pagar elektrik yang memisahkan sempadan. Cuma belum pernah jadi je lagi.

Free Upload Images

Di pihak Lubnan - yang layak berdepan dengan kekuatan Israel, adalah tentera subversif Hezbullah. Penting untuk di katakan, pasukan Hezbullah ini di takuti Israel, walaupun pihak Yahudi tidak pernah mengakuinya.

Free Upload Images

Free Upload Images

Firman Allah di dalam Al-Quran

وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

"Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Hezbullah (pengikut Allah) itulah yang pasti menang"

Free Upload Images

Free Upload Images

Tentera Hezbullah, yang mendapat bantuan langsung dari Iran, tidak boleh di kenali secara langsung. Mereka hidup di dalam masyarakat, bekerja, berniaga dan bersosial, cuma jika ada roket Israel yang jatuh ke bumi Lubnan - peranan mereka terus berubah menjadi pejuang berani mati yang di takuti tentera Israel. Peranan Hezbullah, sangat-sangat di hormati masyarakat Lubnan.Hezbullah sentiasa dalam keadaan siap-sedia. Meriam dan missile semuanya telah tersedia di merata-rata Lubnan dan muncung-muncungnya, semuanya di arahkan kepada Israel. Aku tidak pasti bagaimana pula keadaan di dalam Israel, sebab tak boleh masuk dalam negara Yahudi tu...

Free Upload Images

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...