diaryuzz

Sekadar Perkongsian

Isnin, 21 Februari 2011

Akibat Meragut

Kisah nie berlaku di Ampang. Kes pada mulanya disangkakan kemalangan jalanraya biasa namun ada cerita disebaliknya. Menurut laporan, dua orang peragut ini meragut beg tangan yang diletakkan didalam kereta Toyota Vios milik seorang arkitek wanita yang tinggal di Taman Megajaya.Semasa kejadian pergelutan telah berlaku dan mangsa ditendang oleh suspek. Si mangsa yang bengang lalu mengejar peragut yang melarikan diri dengan menaiki motor. Kejar punya kejar si peragut panik sehingga termasuk jalan mati.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati tersebut. Ketika itulah, peragut yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.
Momentum pelanggaran dikatakan sungguh kuat sehingga 2 orang peragut ini tercampak masuk ke dalam longkang. Seluar milik pemandu motor koyak rabak dan peragut warga Indonesia berumur 34 tahun mati ditempat kejadian. Peragut kedua juga seorang warga Indonesia berumur 25 tahun cedera teruk dan kini dirawat di Hospital Ampang.
p/s: Meragut la secara berhemah, jangan nyawa sendiri pulak yang diragut.(Buat la kerja lain, kalau nak sangat meragut, pergi la ambik upah ragut rumput ke...kan kerja halal tuu..dunia-dunia..) (-_-")

Share

1 ulasan:

Azab dari Tuhan dah ditunjuk di dunia kepada peragut.. Nauzubillah
 

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...